Aku kejar cita-cita
Kerana aku telah jatuh cinta
Aku cari cita-cita
Kerana aku ingin menghampiri cinta
Aku terus gigih bercita-cita
Kerana aku perlukan cinta
Dan aku tahu
Setiap kali aku angankan cita-cita
Aku akan berangan juga tentang cinta
Kerana
Aku ingin ada cita-cita dan cinta
Aku bercita-cita untuk bercinta
Aku bercinta untuk mencapai cita-cita
Aku dan cita-cita
Aku dan juga cinta
Aku cita atau aku cinta?
Tah ape la yang aku tulis ni
Aku bertemu dengan cita-cita di daerah asing
Dengan cita-cita aku bertemu pula cinta
Sehingga aku hilang cita-cita itu
Tapi cinta tetap menemani
Walau aku mencari cita-cita baru
Di mana sahaja cita-cita itu ada
Cinta tidak jemu menemani
Sehinggalah cita-cita kembali kepada cinta
Lalu aku bertekad
Untuk menjaga cita-cita
Dan juga cinta di daerah asing ini
Mungkin cita-cita ada bersama cinta
Tapi kenapa kadang kala
Aku rasa cinta ada, tapi cita-cita hilang
Cita-cita ada, cinta pula hilang
Atau sebenarnya cita-cita dan cinta sukar bersatu
Lalu membuat aku buntu
Yang mana perlu aku kejar dahulu
Kata ibu..
“kamu pilih jalan ke situ, ibu restu”
“kamu buang masa di situ, ibu tetap tunggu”
“kamu tidak betul-betul kejar akan cita-cita”
“kamu sebenarnya hanya kejar cinta kamu”
“sekarang kamu hampir hilang kedua-duanya”
“teruskan menangis sayang..”
“menangislah di ribaan ibu ini”
“hanya ibu yang mengerti rasa di hati kamu ”
Kata-kata ibu bagai satu suntikan buat aku
Aku perlu kejar cita-cita untuk capai cinta
Tapi mampu ke aku buat macam tu
Saat ini aku rebah kembali
Mengejar cita-cita dan cinta
Yang aku sendiri tak pasti
Apa kesudahannya
Adakah cinta boleh membantu cita-cita
Atau cita-cita membantu cinta
Atau mungkin aku tutup cerita cita-cita dan cinta
Dan terus kembali ke ribaan ibu
Tanpa cita-cita dan cinta
No comments:
Post a Comment