Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Tuesday, November 23, 2010

Hope

Love comes to those who still hope even though they've been dissapointed
To those who still believe even though they've been betrayed
To those who still love even though they've been hurt before

Saturday, November 20, 2010

Berkorban Apa Saja

urghh..ponat berjalan..rupenye banyak jugak benda nk kena settle untuk kahwin ni..
perabot la, langsir la, bunga telur, souvenir, pelamin, rumah, kad jemputan dannnn segala-galanya..
opsssss..bukan saya yer yg kawin..kakak larrrrr..1st wedding in our family..kira the biggest day la kan..hukhukhuk..saya sangat la teruja jadi saya cubala bantu apa yang patut especially bab bunga2 telur, souvenir, hias2 dan andaman

dan hari ni, sekali lagi saya kena jadi driver bertauliah yang dilantik khas oleh kaum keluarga (mybe saya bwk kreta terrer kot..haha) untuk tolong ke sana ke mari beli itu ini..alhamdulillah..semua yang dihajati dapat.. inilah namanya pengorbanan..

bercerita al-kisah pengorbanan, apa yer pengorbanan yang korang buat? korang berkorban, terkorban atau mengorbankan..cuba fikir?? saya..untuk hari raya korban hari tu saya berkorban jugak..tapi bukanla tumbang lembu sekor..berkorban hati perasaan dalam memberi laluan kepada kebahagiaan orang lain..

maksudnya bukan la putus cinta..juz berkorban keinginan dan impian saya..saya berduka xpe, jangan mereka yang terluka..saya derita SIKIT xpe, jangan mereka yang tak bahagia..Impian saya untuk tahun ni semuanya tidak kesampaian nampaknya..maka saya dengan rela hati (terpaksa sebenarnya) mengorbankan la semua impian-impian tersebut..ASALKAN mereka dan keluarga mereka bahagia bersama..huhuhu..sedeyyy..control..control..sob..sob..sob..meh layan video Abang Ramlee ku sekejap


Berkorban apa saja..harta ataupun nyawa (perasaan dengan impian pun termasuk jugak tau) :p
Da..la.. xmo sedey2..meh..meh layan lagi 1 video abang Ramlee ku ini


Tengok dalam hati ada angan-angan..campak 1 punca angan pun hilang.....
Opsssss..terlebey sudaaaa
dah....dah..nak sambung buat bunga telur..bye2 semua..muaaahhh ;D

Wednesday, November 17, 2010

Wishing I Could Change

This is not dedicated to any particular person. I was feeling down and scared
.
Getting left behind
No one understanding
No one caring are my fears
I had a dream I was lost
No one tried to find me
No one listened understood

Feeling left out
Feeling like no one understand
No one can't hear me when i'm screaming to be heard

Wishing I could change
Wishing I could make it better
Wishing for another chance

My fears,
People laugh, tease, misjudge, misunderstand me

Now,
I hide this pain in my heart
Making sure no one sees my hurt
Trying so hard to fit in
To cover the scars
Trying so hard to be liked by you

Hoping now
People understand, people miss, people hear me
Forgetting all,
All the pain and hurt
I learned to hide inside
Buried deep in my heart


Tuesday, November 16, 2010

Tunangan Orangkah Saya?


ok..pagi tadi saya baru terbaca 1 artikel dari facebook..dan agak terlopong jugak la saya lepas selesai baca artikel tu..mari saya share kan ia dengan korang semua......

*****************************

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki lain yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

*****************************

Ulasan saya : saya tak tahulah samada perkara ini betul atau tidak atau adakah ia dinyatakan dalam al-Quran dan As-Sunnah..artikel ini dikupas oleh seorang gadis melalui blog beliau setelah dia mendengar ceramah dari seorang ustaz. Saya cuma ingin share je artikel ni..kalau ada salah ke atau apa2 yang tak betul, maaf ye..

Monday, November 15, 2010

Bahagia

Sebenarnya
Kebahagiaan hidup telah sedia ada dalam diri kita
Selagi kita tidak mengusiknya dengan kekecewaan
Yang dibuat sendiri dengan melakukan sesuatu
Di luar nurani dan kekuasaan kita

Para ilmuan ada berkata :
JIKA ENGKAU INGIN DIPUASKAN MAKA
BERHARAPLAH KEPADA ORANG LAIN APA
YANG DAPAT MEREKA LAKUKAN


Maksudnya :
Kebahagiaan itu memang ada dalam diri kita, tapi kita memerlukan
seseorang yang mampu menambahkan kebahagiaan yang sedia ada.
Sekian.

Sunday, November 14, 2010

Rela




Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbuang sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Beserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Ku rela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biarku menangis seumpama pengemis


Ku hanya mampu berserah
Beserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

************************************************
Rela walau terluka
Rela walau kecewa
Rela walau sengsara
Rela walau terpaksa

Sunday, November 7, 2010

Bakal Junior Exec Tak Jadi!

Isnin lepas, saya dipanggil utk menghadiri interview
bagi jawatan Jr. Exec kat salah satu syarikat bank terkemuka
di Malaysia, Asia dan dunia..
Ok la..yg hadir interview tu hampir 100 orang!! so dlm kepala mmg rasa mcm xde harapan kot
ye la..dari Mechanical terjun ke Bank..sure la harapan tipis kan..
persoalannya.. bukan dapat atau pun x job tu..cuma apa yg bank tu nak dari kita

pertama..untuk jawatan tu, NO BASIC SALARY! salary bergantung kepada berapa jumlah pendapatan yang kita boleh bagi pada company..35% dari jumlah tu ialah gaji kita
contohnya kalau this month kite boleh dapat RM5k untuk company, jadi gaji kita ialah 35% drpd 5k tersebut..maka gaji kita ialah RM1750..ni mungkin perkara biasa bg sesetengah pihak..(nk dpt 5k tu bkn senang, kalau senang saya da buat bisnes sdri da)

ok..tibalah masa utk interview session..turn saya : terbanyak pulak saya tanya..ye la..nama pun mengajar, mesti la saya terbawak cara mengajar tu masa interview (tolong jgn tiru aksi ini :p)
pom pam pom pam..selesai la interview..dan tiba2 terasa confident lak saya boleh dpt jawatan tu

SAH! memang saya dapat pun..semalam 1 SMS saya terima drpd bank tersebut..SMS nye begini
TAHNIAH! anda telah berjaya dalam temuduga bla bla bla bagi jawatan Junior Executive..lapor diri pada bla bla bla..jam bla bla bla..bawa bersama Pen, Nota dan yuran RM300..


Mesti mcm pelik kan?? kita ni da la mintak keje..x pasal2 kite pulak kena bayar yuran RM300..weiiiii..RM300 tu byk..10 bulan punye bil DiGi..katanya yuran tu untuk menampung kos exam masa training..hutakkk dia!! kata company besar, gah, hebat! tp mcm ni cara diorg recruit staff..xkan paper exam pun nk berkira?? da la basic salary xde..tp dalam form suruh tulis expected salary..choi la!

semua orang nasihatkan saya untuk tidak terima jawatan tu..jadi saya lepaskan ia..
teruskan mengajar lagi bagus

ishhh..skrg ni manusia berlumba-lumba nk cari kerja dan nk perbaiki ekonomi hidup
tp ada jugak company yang buat benda mcm ni..belum start keje pun da nmpk kebajikan staff tak dijaga, apetah lagi dah keje nanti..bikin kepala beku je

nasib baik saya tak pernah berurusan dgn BANK GAH GILE ni..
korang yang tegar dan cekal hati cari kerja, hati-hati la masa dapat offer..
kena ambil tahu perkara asas kat bawah ni
1. gaji/bonus/elaun
2. masa bekerja
3. diskripsi kerja/tugas
4. latar belakang syarikat
5. jenis perniagaan yang syarikat jalankan
6. kebajikan pekerja (ada company yg tak suka org Islam mintak pelepasan utk solat)
7. jangan malu/ takut untuk bertanya apa saja masa interview
ok..good luck semua!

p/s : saya jadi mcm menyampah sgt kt BANK GAH GILE ni..bla la wei!

Saturday, November 6, 2010

Wake Me Up When October Ends

halo2..testing2..1..2..3..haaaa
buleh pakai lg blog ni
lame kot x update..ingatkan da karat2 da
kenapa mesti WAKE ME UP WHEN OCTOBER ENDS
sebab
...
...
...
...
...
...
banyak cerita nk corat-coret..so perlu disatukan semua cite lah
dek kerana saya lahir pada bulan Oktober
jadi..Happy Belated Birthday to myself

1st of all tenkiu kepada En.Buah Hati cz jadi
org yg firstttttt skali wish
org yg firstttttt skali bagi hadiah
org yg firsttttt skali celebrate saye


tadaaaa!!!!! dapat handphone!!!! (yang merah ye)


zoom sikit...santek2..ade 3g..ok..suke........... :p


celebrate kt official restaurant..Secret Recipes..
menu wajib : Chocolate Indulgence Cake

sepanjang bulan October ni memang saya dan beliau sentiasa meraikan
dengan mcm2 cara untuk gembira sama2..
jom kita bersantaiiiiiii

Santai2 petang hujung minggu

Santai bersama burger tepi jalan yg sedap gile


Hadiah ke-2 dari beliau..dapat bag Carlo Rino yeay!!=)


Malacca River Cruise

Ape nak tulis eh...River Cruise je la :p

PSMB Conference at Sunway Pyramid

Ni la hasilnya bila dengar ceramah yang boring

kalau ikutkan banyak lagi tempat yang kitorang jalan2..
tapi cam x larat pulak nk upload gambar banyak2..
seperti biasa..kalau rasa x suka entry ni sila dengan segera
tekan button X kt atas tu..bye2 semuaaaaa!!!!!!

Friday, November 5, 2010

Malam Ini Dengan Air Mata

Malam ini..
Dengan air mata aku berlagu
Dengan sendu aku menyanyi
Terus kepada blog ini aku mengadu

Jari laju menari di papan kekunci
Tanpa ada rasa segan silu

Aku tegar meluahkan segalanya



Malam ini..
Air mata di tubir tak dapat di tahan lagi
Lalu aku biarkan ia mengalir semahunya
Sehingga ia di penghujung dagu
Ia terus menitis ke lantai
Tanpa ada sesiapa yang cuba mengesat



Malam ini..
Aku menongkat dagu di tepi beranda
Melihat langit yang gelap tanpa bulan dan bintang
Hajat ingin menghitung bintang di langit

Namun aku mung
kin lagi tegar untuk
Menghitung hari yang aku sendiri tak pasti





Bila agaknya kisah air mata akan berhenti
Bila agaknya kisah hati akan tenang
Dan bila agaknya aku temu bahagia itu





Jauh aku melangkah ke daerah asing ini
Tanpa teman, tanpa keluarga
Mengharapkan semanis-manis impian hidup
Yang kadang aku sendiri keliru dengan impian itu

Sehinggalah...air mata ini terus setia menemani


Malam ini...
Terdetik di hati satu soalan
Adakah ini tempatku untuk mencari bahagia?
Jika YA, tunjukkan aku bahagia itu
Dengan siapa, di mana dan bila
Jika TIDAK, tunjukkan aku jalan pulang
Tak perlu dengan siapa, di mana dan bila
Cukup dengan kadar segera
Kerana aku pasti akan pulang dengan air mata
Related Posts with Thumbnails