Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Sunday, November 7, 2010

Bakal Junior Exec Tak Jadi!

Isnin lepas, saya dipanggil utk menghadiri interview
bagi jawatan Jr. Exec kat salah satu syarikat bank terkemuka
di Malaysia, Asia dan dunia..
Ok la..yg hadir interview tu hampir 100 orang!! so dlm kepala mmg rasa mcm xde harapan kot
ye la..dari Mechanical terjun ke Bank..sure la harapan tipis kan..
persoalannya.. bukan dapat atau pun x job tu..cuma apa yg bank tu nak dari kita

pertama..untuk jawatan tu, NO BASIC SALARY! salary bergantung kepada berapa jumlah pendapatan yang kita boleh bagi pada company..35% dari jumlah tu ialah gaji kita
contohnya kalau this month kite boleh dapat RM5k untuk company, jadi gaji kita ialah 35% drpd 5k tersebut..maka gaji kita ialah RM1750..ni mungkin perkara biasa bg sesetengah pihak..(nk dpt 5k tu bkn senang, kalau senang saya da buat bisnes sdri da)

ok..tibalah masa utk interview session..turn saya : terbanyak pulak saya tanya..ye la..nama pun mengajar, mesti la saya terbawak cara mengajar tu masa interview (tolong jgn tiru aksi ini :p)
pom pam pom pam..selesai la interview..dan tiba2 terasa confident lak saya boleh dpt jawatan tu

SAH! memang saya dapat pun..semalam 1 SMS saya terima drpd bank tersebut..SMS nye begini
TAHNIAH! anda telah berjaya dalam temuduga bla bla bla bagi jawatan Junior Executive..lapor diri pada bla bla bla..jam bla bla bla..bawa bersama Pen, Nota dan yuran RM300..


Mesti mcm pelik kan?? kita ni da la mintak keje..x pasal2 kite pulak kena bayar yuran RM300..weiiiii..RM300 tu byk..10 bulan punye bil DiGi..katanya yuran tu untuk menampung kos exam masa training..hutakkk dia!! kata company besar, gah, hebat! tp mcm ni cara diorg recruit staff..xkan paper exam pun nk berkira?? da la basic salary xde..tp dalam form suruh tulis expected salary..choi la!

semua orang nasihatkan saya untuk tidak terima jawatan tu..jadi saya lepaskan ia..
teruskan mengajar lagi bagus

ishhh..skrg ni manusia berlumba-lumba nk cari kerja dan nk perbaiki ekonomi hidup
tp ada jugak company yang buat benda mcm ni..belum start keje pun da nmpk kebajikan staff tak dijaga, apetah lagi dah keje nanti..bikin kepala beku je

nasib baik saya tak pernah berurusan dgn BANK GAH GILE ni..
korang yang tegar dan cekal hati cari kerja, hati-hati la masa dapat offer..
kena ambil tahu perkara asas kat bawah ni
1. gaji/bonus/elaun
2. masa bekerja
3. diskripsi kerja/tugas
4. latar belakang syarikat
5. jenis perniagaan yang syarikat jalankan
6. kebajikan pekerja (ada company yg tak suka org Islam mintak pelepasan utk solat)
7. jangan malu/ takut untuk bertanya apa saja masa interview
ok..good luck semua!

p/s : saya jadi mcm menyampah sgt kt BANK GAH GILE ni..bla la wei!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails