Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Tuesday, September 28, 2010

Mari berpantun

Diampai sama kering
Direndam sama basah
Digoreng sama garing
Dipisah sama gelisah

Dara sunti si ikal mayang
Berkain labuh tidak berbedak
Kalau hati sudah sayang
Air yang keruh hilang keladak

Condong pokok kelapa ditebang
Tempat belatuk membuat sarang
Hati hampa bak debu terbang
Janji kosong dibiar usang

Bunyi terompet raja dinobat
Tuan puteri dalam istana
Sakit di kulit disapu ubat
Sakit hati jiwa merana

Bumi sedang dilanda taufan
Gugur bunga di tengah laman
Setianya dicabar godaan
Cintaku kini diuji zaman

Bubur secawan terasa manis
Pelata digulai bersama pisang
Ingatkan tuan lalu menangis
Cinta terkulai layu gersang

Sayang musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama

Digenggam takut mati
Dilepas takut terbang
Aduhai sabarlah hati
Tiada siapa akan dibuang

Hitam kulit isinya putih
Buah manggis memang manis
Biar sakit jiwa merintih
Muka bengis, hati menangis

Daun birah dibuat tudung
Renjis-renjis hujan gerimis
Hati marah cuba dibendung
Senyum manis menahan tangis

Datang badai disambut taufan
Pokok beringin patah tumbang
Saya umpama si habuk papan
Datang angin melayanglah terbang

Lebam kaki digigit pacat
Hutan diredah mencari arah
Dalam hati masih tersirat
Kepada Tuhan saya berserah

Thursday, September 23, 2010

Bajet Ciput Cedut..Selera Badak Sumbu

Baca je title terus kepala boleh pick up apa maksudnya kan
Yang masih x dapat pick up, pas ni kurangkan makan ciput cedut ye
Tetiba teringat pulak kesedapan ciput cedut gulai lemak cili api..perghhh..meleleh je..nak letak gambar la..hahaha
tadaaaaa

orang lain sedut ikut kepala, saya sedut ikut buntut..patut la ssh sgt siput tu nak kuar
--
--
--
--
--
--
--
--
oit..back to da main topic!
bukan nak cite pasal siput sedut tapi pasal bajet macam ciput cedut,
selera macam badak sumbu
kepada yang masih blurrrrr..ni maksudnya
"poket nipis tapi nak barang yang mahal"
entry ni tak tuju pada sape2..kalau terasa nasib la
i loikeeeeeee =)

saya ini manusia yang berbajet ciput, tp selera badak
Unfortunately, dalam 1 masa semua benda nak kena cari
semua benda nak kena beli guna $$$$$

HANDPHONE
boleh pulak time semput ni handphone rosak
bukan sikit punye rosak
terus tak bleh ON..hampeh betul la
handphone ni mmg dah lama guna pun
dah lebih 3 tahun dah (jimat dan kedekutnya saye)
memang patut la kena ganti yang baru kannn
masalahnya, nak handphone yang mcm ni

Sony Ericsson Yari..harganya boleh beli 4 biji tayar kereta saya
muahahahaha


PURSE/HANDBAG
dua2 pun nak..tak boleh salah satu
sebab dua2 da hampir nak kiokkk
purse : duit besi bleh tercicir..so kena la cari baru kan
handbag : elok lagi..tapi nak kena cari handbag yang formal
ala-ala ELLE or ESPRIT punye design gitu
wahhhh..brand tak nak kalah
Sorry to say..memang minat sgt barang2 ESPRIT dengan ELLE..xtau nape

BAJU
Baju untuk wedding
ade 3 majlis penting, mesti la nak baju yang ikut tema
so kena ada 3 baju la
mane boleh pengantin je yang meletop
saya pon nak jugak cantik bergaya dan cun
asyik pakai baju yang sama aje
tak update langsung..orang sekarang da pakai baju blink2
vouge gitu

kalau pakai gini, yang mana 1 pengantin yg mana 1 bukan..ahaaa

KERETA
opssss!! bukan nak tukar kereta baru ye
mampos lak nak bayar nanti
Myvi tersebut sudah elok seadanya
cuma..kena buat sedikit (banyak sebenarnya) persediaan
umo beliau pun dan menginjak 2 tahun
juz kena prepare untuk tukar tayar baru la
tapi mata asyik terpandang sport rim aje
apesal ek?? nope! jimatttt..standard aje dah memadai
(tp kalau dapat masyuk sport rim kaler puteh or dark gold..perghhh..mantoppp!)

wuitttt!!! semartttttt..kalau dapat ni mmg tido
dalam kereta la jawabnya..takut kena curik oleh mala'un
**
**
**
**
**
**
Secara jujur dan ikhlas
saya ini tak de la kisah sangat pasal brand, harga, atau apa2
yang mana ada, pun sudah memadai
(kalau org nak bagi yg mahal2 tu, saya rembat aje tanpa segan silu)
handbag up town pun ok ape
handphone biase2 aje pun ok tp biarla yang ok sikit
yang bleh MMS je cukup
boleh hantar dan terima gambar di kala kerinduan :p
x perlu 3g or jenis2 berry semua tu
harga, brand itu semua bukan ukuran
semua tu bukan untuk tatapan atau menunjuk-nunjuk
asalkan ia cantik dan selesa digunakan
macam selipar saya..RM9.90 je..tp comeyl macam saya :p
renung-renungkan dan selamat beramal!!

Wednesday, September 22, 2010

OMG...only 35kg???

Ape yang OMG??
Ape yang 35kg??
Jeng
Jeng
Jeng
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
berat badan..
siapa?
saya laaaa..empunya badan
Nurul Izza binti Abd Rahim

haisshhhhh..tak tau la apa nak jadi
makin lama berat makin turun..turun..dan turun lagi
makan banyak..banyak..dan terus banyak
tapi berat tetap turun..turun..dan turun lagi
habis ikhtiar dah nak buat macam mana
kadang -kadang kena tiup angin pun dah macam nak melayang
kat tangan ni dah timbul urat-urat da
tulang jangan cakap la
tersembul-sembul segala tulang belulang
pakai belt siap kena buat lubang extra lagi
size seluar 25 pun longgar!!!
superb punye keding dah ni


nampak ni?? urat tangan dah timbul

nampak tu tulang-tulang yang timbul
abaikan ekor Leman ye



ni antara lengan saya ke bahu..kurus kan

tolongggggggggggggggggggggggggggggg
nak demok sikit

dah try calculate Body Mass Index (BMI)
height : 155cm
weight : 35kg
BMI : 14.6
You are UNDER OPTIMUM WEIGHT for your height
You could afford to gain a little weight.

Macam mana nak buat ni
Siapa yang rasa kesian dan nak tolong saya yang keding ni
plzzzzzz..leave a comment or send me an email izzarahim@gmail.com

p/s : JANGAN suggest kt saya dengan jamu-jamu or ubat-ubatan yang tiada pengesahan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. Saya sangat serius dengan masalah kekedingan yang saya sedang hadapi sekarang..tolong bantu saya =(


Friday, September 17, 2010

Tips Shopping Barang Kahwin

Raya ke-8..
Yeay!!!! tiada lagi beraya sakan
Tapi shopping sakan
Mencari keperluan perkahwinan Kak Long
Sehinggalah terjadinya sebuah hasil
Yang digarap oleh saya la..
Tadaaaaa


baru buat rangka je..masih banyak ruang kosong..
ckp peraknya 'tobek'


tengah cuba memadatkan bunga-bunga ni


abaikan pemandangan tak berapa nak indah tu
biasalah..tengah buat kerja mmg bersepah banyak


inilah hasil selepas 3 jam bergelut dengan bunga ros baldu

kat sini nak share sikit pasal bunga ni
saya menggunakan 2 buah span bunga yang
dipadatkan di dalam pasu tersebut
memerlukan 125 kuntum bunga ros baldu untuk
menghasilkan bentuk dan size bunga ni
menggunakan lidi dan tape bunga untuk memanjangkan tangkai bunga
tujuannya untuk menampakkan bunga lebih tinggi
ok..bunga ni digubah untuk diletak di sisi pelamin
dan....
untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat
dengan tawaran harga yang murah2 je
beserta stand bunga dan juga dulang-dulang hantaran modern


dalam sibuk2 beli barang kawin, TERsengaja la singgah kt KK Home Deco
mula2 masuk rasa mcm nak keluar semula
sebab barang2 dalam tu semuanya english style je
secara TAKsengaja
TERpandangkan something yang..wow!!!!!!

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**


polca dot bowl RM2.00/pcs..sukenyeeee


coffee cup yang kiut ni..RM2.90/pcs


pinggan ni..RM2.90/pcs..bekas hantaran

dan 1 lagi dulang hantaran modern..gambar lupa nak snap tadi..
sorry guys

so..
untuk beberapa tips membeli keperluan perkahwinan

1) adalah digalakkan untuk buat survey dulu
penat pun xpe asalkan dapat barang yang cantik
dengan harga yang berpatutan

2) keluar awal-awal pagi sebab pusing 1 kedai akan makan
masa hampir 1 jam atau lebih

3) bawa bersama orang yang berpengalaman atau tahu tentang
barang-barang yang perlu..beli yang tak perlu
kan rugi jadinya

4) Rajin2 kan diri bawak air sebab penat tau..mesti cari air
punye..kalau boleh spare roti sekali..hehehe

5) pastikan bawa duit yang cukup..jarang kedai2 kahwin ni
boleh bayar guna credit card atau debit card
manual aje semuanya

6) kalau boleh jangan bawak kaum adam..diorang akan
merungut..kita nak cari barang pun jadi
kelam kabut

ok..semoga tips yang ciput ni dapat membantu bakal-bakal pengantin






Saturday, September 11, 2010

Ceritera Syawal

Salam Lebaran semua
1 syawal dah pun berlalu
2 Syawal, melangut aje duk rumah
rasanya xde ape yg best pun nk cite
sambutan raya pun biasa-biasa je
so gambar2 ni jela yang dapat share

Ni baru nk setting camera je ni


Bertemakan biru turqoise tahun ni


macam biasa..posing sampai berpeluh-peluh


tradisi pagi raya..semua org pun buat


lama betol adik teruna ni salam


ini aksi lakonan depan kamera semata-mata


macam mana la baju kitorang ni boleh hampir sama..ishh


klik!! klik!!


Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum
Salam lebaran
ehem..ehem..raya pun da dekat sangat da ni
tapi still kat ofis lagi
nasib baik cuti raya dapat dua minggu
boleh beraya sakan
tapi saya memilih untuk berjimat cermat
anda bagaimana?? hehehe

ok lah..dikesempatan ni, saya Nurul Izza Binti Abd Rahim
ingin sangatlah memohon ampun dan maaf kepada semua
terutamanya insan-insan yang sentiasa lekat di hati saya
iaitu Ayahanda, Bonda, Kak Long dan adik-adik, sedara mara, sepupu sepapat
tak lupa juga ampun maaf ini ditujukan kepada seseorang
yang telah mencuri hati saya lalu tak tahu di mana hati saya disorok beliau
kepada anakanda Leman Comeyl, mintak maaf jugaklah sebab
tak sempat nak belikan baju raya Leman..duit raya baru dapat hari ni

kepada student-student saya, cikgu mintak maaf ye kalau2 ada
yang selalau kena marah ke kena warning ke
kepada kawan-kawan baru dan lama yang banyak menyokong dan kutuk saya
ampun maaf dipinta dari saya budak kecik yg keding ini
dan kepada pembaca-pembaca blog serta follower
saya mintak maaf kalau2 ada entry saya yang telah merobek hati sesiapa
maklumlah, saya ini terkenal gak dgn nama MULUT TANPA INSURAN
dan kepada mana2 insan di dunia ini
Ampun Maaf Dipinta
Selamat Hari Raya Aidifitri

Sempena kepulangan saya ke kampung halaman (kampung ke??)
pada petang ini, saya mengharapkan doa dari kalian
semua supaya saya dan barang2 raya saya selamat sampai ke destinasi
hendaknya..dah lama tak drive jauh-jauh ni
dulu memang brutal jugak la slamber je balik perak tengah2 malam
tapi semenjak dua ni byk sgt kes2 'kurang asyem' terjadi
maka saya pun tak berani lagi buat kerja brutal tu
dan memandangkan telah mendapat amaran halilintar dari keluarga
jadi saya dengan rasminya akan gerak di siang hari

pesanan penaja
adik2, abang2, bapak2 yang suka main mercun tu
hati-hati ye..jangan dah putus jari baru nak menyesal
kakak2, ibu2, buat kuih kat dapur tu hati2
jangan nanti beraya ada pulak parut lecur
kepada pemandu-pemandu dan pengguna tegar
lebuhraya, jalan persekutuan, jalan kampung,
berhati-hatilah ketika memandu
pastikan rehat yang cukup, patuhi had laju (hendaknya begitulah)
dan elakkan terkena saman ekor
dan yang paling penting kepada semua
amalkan berjimat cermat dan besederhana dalam
menyambut lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

** lagu kat atas tu lagu paling syahdu dan penuh makna walaupun x berapa
masyuk sangat dengan entry ni..hikhik

nak makan lemang jagung, rendang pedas emak, laksa, lontong,
semua jenis kuih2 dan kerepek2, dan ape2 aje yang boleh naikkan berat badan
hehehehe (laparrrrrrr)

Monday, September 6, 2010

Hanya Kerana Cinta Ku Melangkah Jauh


Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untukmu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu

Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpimu
Agar dapatku bersamamu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah

Wednesday, September 1, 2010

Diari untuk Leman



1 Sept 2010..sejarah pertama untuk si kecik Leman Comeyl yang disangka telah
menghilangkan diri..saya?? sedang mengajar di dalam kelas..
tiba2 tergerak hati nak jenguk Leman Comeyl..tp dia xde! masuk ofis..pun xde!..masuk kelas..pun xde! terpekik terlolong sampai semua student pun tolong carikan si Leman..tp xde!

Ku gagahkan diri di bulan puasa yang panas terik ni untuk cari Leman di laur ofis..
air mata mula bergenang di tubir mata..tak!! Leman tak mungkin hilang!!
satu kenyataan yang tidak boleh diterima kalau Leman hilang
tiada kemaafan untuk diri sendiri kalau Leman hilang..

ku teruskan pencarian tanpa rasa putus asa..
sehinggalah aku yang berbaju kurung ini lari lintang pukang apabila dikejar anjing
semuanya kerana kasihku pada si kecil Leman Comeyl..
air mata terus tumpah tatkala aku menghubungi En.Buah Hati
aku tahu dia juga sedih
di hujung talian terdengar akan suaranya yang mula bergetar
aku yang bersalah..aku yang cuai..

lantas..aku kepenatan yang teramat, terus aku masuk semula ke ofis dgn hampa
terus aku terduduk dek kerana kesedihan yang terlampau
Cik Kerani memeluk tubuhku erat
"sabar ye za..Leman ada tu..mungkin dia tengah tidur kt mana2"

terus kepala ku ligat berfikir di mana tempat yang Leman selesa tidur
kebiasaannya di tempat yang tak panas
lantas aku berlari ke surau ofis dan.......
Leman!!!!!!!!!!!
Rupanya Leman sedang tidur di penjuru surau
Ya Allah..bersyukurnya aku..
Terus aku capai Leman dan bertubi-tubi ciuman ku berikan kepada Leman
Ternyata aku terlalu sayangkan Leman
Lantas terus aku menghubungi En. Buah Hati meberitahu perkabaran gembira ini

Alhamdulillah..kasihku masih lagi untuk Leman Comeyl..tiada galang gantinya
walau aku diberikan seekor Persian sekalipun, kasihku tetap pada Leman

Leman..kami semua sayangkan Leman
Leman jangan nakal-nakal ye..


* Leman..kucing kesayangan ramai..bijak..walaupun hanya kucing kampung je
tp Leman tak pernah bagi masalah mcm kucing lain..so kepada sesiapa
yang tak pernah bela kucing, jgn ckp saya gila kerana menangis untuk kucing..
kalau kamu kata saya gila, sebenarnya kamu lebih gila kerana
kamu tidak menghargai ciptaan Tuhan!
Related Posts with Thumbnails