Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum
Salam lebaran
ehem..ehem..raya pun da dekat sangat da ni
tapi still kat ofis lagi
nasib baik cuti raya dapat dua minggu
boleh beraya sakan
tapi saya memilih untuk berjimat cermat
anda bagaimana?? hehehe

ok lah..dikesempatan ni, saya Nurul Izza Binti Abd Rahim
ingin sangatlah memohon ampun dan maaf kepada semua
terutamanya insan-insan yang sentiasa lekat di hati saya
iaitu Ayahanda, Bonda, Kak Long dan adik-adik, sedara mara, sepupu sepapat
tak lupa juga ampun maaf ini ditujukan kepada seseorang
yang telah mencuri hati saya lalu tak tahu di mana hati saya disorok beliau
kepada anakanda Leman Comeyl, mintak maaf jugaklah sebab
tak sempat nak belikan baju raya Leman..duit raya baru dapat hari ni

kepada student-student saya, cikgu mintak maaf ye kalau2 ada
yang selalau kena marah ke kena warning ke
kepada kawan-kawan baru dan lama yang banyak menyokong dan kutuk saya
ampun maaf dipinta dari saya budak kecik yg keding ini
dan kepada pembaca-pembaca blog serta follower
saya mintak maaf kalau2 ada entry saya yang telah merobek hati sesiapa
maklumlah, saya ini terkenal gak dgn nama MULUT TANPA INSURAN
dan kepada mana2 insan di dunia ini
Ampun Maaf Dipinta
Selamat Hari Raya Aidifitri

Sempena kepulangan saya ke kampung halaman (kampung ke??)
pada petang ini, saya mengharapkan doa dari kalian
semua supaya saya dan barang2 raya saya selamat sampai ke destinasi
hendaknya..dah lama tak drive jauh-jauh ni
dulu memang brutal jugak la slamber je balik perak tengah2 malam
tapi semenjak dua ni byk sgt kes2 'kurang asyem' terjadi
maka saya pun tak berani lagi buat kerja brutal tu
dan memandangkan telah mendapat amaran halilintar dari keluarga
jadi saya dengan rasminya akan gerak di siang hari

pesanan penaja
adik2, abang2, bapak2 yang suka main mercun tu
hati-hati ye..jangan dah putus jari baru nak menyesal
kakak2, ibu2, buat kuih kat dapur tu hati2
jangan nanti beraya ada pulak parut lecur
kepada pemandu-pemandu dan pengguna tegar
lebuhraya, jalan persekutuan, jalan kampung,
berhati-hatilah ketika memandu
pastikan rehat yang cukup, patuhi had laju (hendaknya begitulah)
dan elakkan terkena saman ekor
dan yang paling penting kepada semua
amalkan berjimat cermat dan besederhana dalam
menyambut lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

** lagu kat atas tu lagu paling syahdu dan penuh makna walaupun x berapa
masyuk sangat dengan entry ni..hikhik

nak makan lemang jagung, rendang pedas emak, laksa, lontong,
semua jenis kuih2 dan kerepek2, dan ape2 aje yang boleh naikkan berat badan
hehehehe (laparrrrrrr)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails