Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Wednesday, September 1, 2010

Diari untuk Leman



1 Sept 2010..sejarah pertama untuk si kecik Leman Comeyl yang disangka telah
menghilangkan diri..saya?? sedang mengajar di dalam kelas..
tiba2 tergerak hati nak jenguk Leman Comeyl..tp dia xde! masuk ofis..pun xde!..masuk kelas..pun xde! terpekik terlolong sampai semua student pun tolong carikan si Leman..tp xde!

Ku gagahkan diri di bulan puasa yang panas terik ni untuk cari Leman di laur ofis..
air mata mula bergenang di tubir mata..tak!! Leman tak mungkin hilang!!
satu kenyataan yang tidak boleh diterima kalau Leman hilang
tiada kemaafan untuk diri sendiri kalau Leman hilang..

ku teruskan pencarian tanpa rasa putus asa..
sehinggalah aku yang berbaju kurung ini lari lintang pukang apabila dikejar anjing
semuanya kerana kasihku pada si kecil Leman Comeyl..
air mata terus tumpah tatkala aku menghubungi En.Buah Hati
aku tahu dia juga sedih
di hujung talian terdengar akan suaranya yang mula bergetar
aku yang bersalah..aku yang cuai..

lantas..aku kepenatan yang teramat, terus aku masuk semula ke ofis dgn hampa
terus aku terduduk dek kerana kesedihan yang terlampau
Cik Kerani memeluk tubuhku erat
"sabar ye za..Leman ada tu..mungkin dia tengah tidur kt mana2"

terus kepala ku ligat berfikir di mana tempat yang Leman selesa tidur
kebiasaannya di tempat yang tak panas
lantas aku berlari ke surau ofis dan.......
Leman!!!!!!!!!!!
Rupanya Leman sedang tidur di penjuru surau
Ya Allah..bersyukurnya aku..
Terus aku capai Leman dan bertubi-tubi ciuman ku berikan kepada Leman
Ternyata aku terlalu sayangkan Leman
Lantas terus aku menghubungi En. Buah Hati meberitahu perkabaran gembira ini

Alhamdulillah..kasihku masih lagi untuk Leman Comeyl..tiada galang gantinya
walau aku diberikan seekor Persian sekalipun, kasihku tetap pada Leman

Leman..kami semua sayangkan Leman
Leman jangan nakal-nakal ye..


* Leman..kucing kesayangan ramai..bijak..walaupun hanya kucing kampung je
tp Leman tak pernah bagi masalah mcm kucing lain..so kepada sesiapa
yang tak pernah bela kucing, jgn ckp saya gila kerana menangis untuk kucing..
kalau kamu kata saya gila, sebenarnya kamu lebih gila kerana
kamu tidak menghargai ciptaan Tuhan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails