Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Thursday, August 26, 2010

Ibu..Cita-cita..Cinta

Aku kejar cita-cita

Kerana aku telah jatuh cinta

Aku cari cita-cita

Kerana aku ingin menghampiri cinta

Aku terus gigih bercita-cita

Kerana aku perlukan cinta

Dan aku tahu

Setiap kali aku angankan cita-cita

Aku akan berangan juga tentang cinta


Kerana

Aku ingin ada cita-cita dan cinta

Aku bercita-cita untuk bercinta

Aku bercinta untuk mencapai cita-cita

Aku dan cita-cita

Aku dan juga cinta

Aku cita atau aku cinta?

Tah ape la yang aku tulis ni


Aku bertemu dengan cita-cita di daerah asing

Dengan cita-cita aku bertemu pula cinta

Sehingga aku hilang cita-cita itu

Tapi cinta tetap menemani

Walau aku mencari cita-cita baru

Di mana sahaja cita-cita itu ada

Cinta tidak jemu menemani

Sehinggalah cita-cita kembali kepada cinta


Lalu aku bertekad

Untuk menjaga cita-cita

Dan juga cinta di daerah asing ini

Mungkin cita-cita ada bersama cinta


Tapi kenapa kadang kala

Aku rasa cinta ada, tapi cita-cita hilang

Cita-cita ada, cinta pula hilang

Atau sebenarnya cita-cita dan cinta sukar bersatu

Lalu membuat aku buntu

Yang mana perlu aku kejar dahulu


Kata ibu..

“kamu pilih jalan ke situ, ibu restu”

“kamu buang masa di situ, ibu tetap tunggu”

“kamu tidak betul-betul kejar akan cita-cita”

“kamu sebenarnya hanya kejar cinta kamu”

“sekarang kamu hampir hilang kedua-duanya”

“teruskan menangis sayang..”

“menangislah di ribaan ibu ini”

“hanya ibu yang mengerti rasa di hati kamu ”


Kata-kata ibu bagai satu suntikan buat aku

Aku perlu kejar cita-cita untuk capai cinta

Tapi mampu ke aku buat macam tu

Saat ini aku rebah kembali

Mengejar cita-cita dan cinta

Yang aku sendiri tak pasti

Apa kesudahannya


Adakah cinta boleh membantu cita-cita

Atau cita-cita membantu cinta

Atau mungkin aku tutup cerita cita-cita dan cinta

Dan terus kembali ke ribaan ibu

Tanpa cita-cita dan cinta


Monday, August 23, 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam

Hai semua..apa khabar ye..smoga semuanye sihat dan ceria2 aje..ok kali ni nak share ade sikit tip mengenai pemakanan yang saya dapat menerusi email :-


RAHSIA PEMAKANAN ILMUAN ISLAM




1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


3. Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.


4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5. Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.


6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Friday, August 20, 2010

Fakta tentang KUCING



Kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.
Kucing Baginda diberi nama Mueeza.

Suatu kajian yang dijalankan di Universiti Atlanta terhadap pesakit2 darah tinggi, keluarga yang memelihara kucing mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding keluarga yang tidak memelihara haiwan ini.

Masyarakat Mesir kuno adalah orang yang pertama menyedari
potensi kucing sebagai pemburu tikus.

Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara. Kemampuan ini membuat kucing dapat menggunakannya sebagai pemacu alternatif untuk bergerak dalam kegelapan.
Dengkuran kucing mampu memberi 'effect' tenang kepada manusia.

Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya dilahirkan tuli/pekak, walaupun begitu pancaindera yang lainnya berkembang sebagai ganti.

Dalam kerajaan haiwan, IQ kucing hanya mampu ditandingi oleh monyet dan cipanzee.
Ternyata kucing adalah antara haiwan yang bijak.

Kucing tidur lebih lama berbanding haiwan-haiwan lain. Ia tidur sekitar 16 jam 1 hari.
Lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih. Permukaannya
yang kasar mampu mebuang bulu-bulu mati dan membersihkan
bulu-bulu yang ada di badannya.

Kemampuan deria bau kucing kampung adalah 14 kali lebih kuat daripada kemampuan deria bau manusia.

Mereka yang takutkan kucing digela Ailurophobia.

Kucing mungkin akan lebih selamat jika terjatuh dari aras 10 berbanding aras 7 kerana kucing memerlukan waktu yang setara dengan aras 8 untuk menyedari apa yang terjadi, tenang, dan membetulkan posisinya.

Kucing sangat menjaga kebersihan ketika sedang mandi (menjilat diri).
Ia akan melakukan penjilatan terakhir pada bahagian sulitnya. Ia melakukan
penjilatan di bahagian yang mudah dicapai terlebih dahulu.

Kucing mempunyai badan yang fleksibel dan tapak kaki lembut yang mampu menyerap hentakan. Walaupun dijatuhkan terbalik, kucing dapat mendarat dengan kakinya.

Tuesday, August 17, 2010

Sampai Hati Kalian T-T

Tak tau la nape sehari dua ni terasa macam rindu sesangat kt Leman..
da seminggu x dapat jumpa dia..
dan bakal susah nak jumpa dia lagi lepas ni..
PASTI susah nak jumpaaaaaa..rasa cam nak nangis pun ada..
tak pernah berpisah pun dengan Leman..
tapi sekarang terpaksa..sebab kena PAKSA..

Kami juga punya perasaan kasih walau
Leman hanyalah seekor haiwan
Kasih kami seperti kasih anak dengan ibu

*Sampai hati kalian pisahkan kami*(
T-T)

Kepada En. Buah Hati,
Kalau Leman macam x berapa sihat - maknanya dia rindukan saya
Kalau Leman macam x nak makan - maknanya dia rindukan saya
Kalau Leman asyik termenung je - maknanya dia rindukan saya
Kalau Leman tengok gambar saya - maknanya dia rindukan saya
Kalau Leman sebut nama saya - maknanya dia terlalu rindukan saya (mcm tak logic je :p)

Leman!!!!! Rindu!!!!



Tuesday, August 10, 2010

Kenapa Saya Selalu Senyap



KENAPA SAYA SELALU SENYAP

1. Sebagai Pemerhati
Bila seseorang tu sedang bercakap, saya selalu tengok diri orang tu..cara dia bercakap, memek muka, jelingan mata, body language, bahasa, dan apa yang di cakapkan tu..
Bukan apa, kadang-kadang nama je kawan, depan kita bukan main lagi itu ini baiknya, tapi bila belakang kita, amboi2 sesedap rasa je ngumpat aku..Jadi, janganlah kita selalu sangat mengiakan cerita-cerita yang tah ape-ape atau cerita yang wat semak akal..tak kiralah dia tu dulu pernah buat baik dengan kita ataupun tidak..Lebih baik jadi pemerhati, kalau nk ngumpat pun, bicara dalam hati saje..

2. Meluat Sangat
Mula-mula borak memang rasa macam best je join..tapi bila rasa ada sedikit meluat dengan lagak seseorang itu, mula la saya akan diam dan malas nak layan..contohnya seseorang tu ckp mcm ni.. "aku punya pangkat ni besar ni..kalau ikutkan elaun aku lagi banyak dari gaji pokok..bulan-bulan memang tak habis guna la gaji" mak aihhhh..belagaknya..hari-hari nampak duduk kt masjid, tapi dia punya belagak dahsyat betul..mula la saya akan berkata-kata dalam hati..silap hari bulan slumber je dpn org tu saya terus mencebik tanda meluat sangat..

3. Topik Boring
Perempuan..kalau jumpa mana pernah tak bukak mulut..ada saje cerita yang nak dikongsi..nak pulak kalau dah lama tak jumpa..bermula dengan tanya kabar je..lepas tu melalut-lalut tah apa yang seseorang tu cerita..sampaikan hal orang lain yang tiada kaitan dengan saya pun nak diceritakan jugak..tak dilayan, kesian..dilayan, makin menjadi pulak..dengar jela tapi jangan bukak mulut..tak suka la org macam ni..pantang jumpa, ada je yang dia nak ngumpatkan..kau ingat kau bagus sangat ke cik kak oi..patut la orang pun ngata kau jugak..aiseh..

4. Asyik Kau Je Yang Betul
Bila saya tengah duduk diam..tetiba ada pulak seseorang ni pot pet pot pet..itu tak kena..ini tak kena..bila ditanya..wahhhhhh..bukan main lagi dia tunding jari kt orang lain..ni si polan la ni..si polan itu si polan ini..abes semua kena..baik si polan ke sipolin ke semua salah..yang bercakap tu?? dia sorang je yang betul..bagi la isu perdebatan apa skali pun, dia aje yang nk menang..sampaikan yang benar lagi fakta pun dia nak bangkang jugak..ishhhh..bosan la layan orang macam ni..tak kembang otak ni nanti

5. Cerita Berulang
Bulan lepas seseorang tu cerita pasal trip dia ke Australia..Kita yang x pernah jejak sana dan nak dengar cerita dia memang la macam excited kan..Bulan ni dia cerita lagi benda yang sama..Bulan depan pun cerita lagi yang sama..sampai skrip cerita tu boleh dihafal..kadang-kadang pantang dia dengar ape-ape berkaitan trip dia, dia akan cerita balik..sampaikan dah 10 tahun berlalu pun still nak cerita lagi..wehhhh..sudah-sudah la tu cerita basi kau tu..boring tau dak..apa kata kau buka buku baru, cari teman hidup ke, cari duit lebih ke..baru la best sikit saya ni nak dengar..

6. Saya Tak Nak Kamu Kacau
Kenapa lama saya tak contact kamu? Kenapa saya tak reply massage kamu? Kenapa saya x jawab call kamu? sebab.......... saya tak mau kamu kacau saya..saya tak nak kamu masuk campur urusan hidup saya..sebab bila ada kamu, saya rasa seperti kamu suka menyibuk perihal hidup saya..wahai cik kak yang prihatin tentang diriku ini, tolong jangan kacau hidup saya ye..saya tak suka..kamu ini sudahlah suka bercerita perihal orang lain pada saya, nanti pasti kamu akan cerita perihal saya kepada orang lain pula..bak kata en.Buat Hati "dengar boleh, tapi jangan masuk campur"

Moral of da story
Berborak itu tak salah..tapi tak perlulah sampai mengumpat orang tak tentu pasal..Bercerita itu cukuplah sekadar aje, tak perlulah sampai meninggi diri yang sememangnya tak tinggi..Berkata-kata pula biarlah berpada-pada, tak perlulah sampai masuk campur urusan peribadi sesiapa..

* kalau kamu terasa, nasiblah..saya tidak tuju kepada kamu seorang sahaja, tapi kepada semua, hanya sekadar ingatan bersama..terima kasih kerana kamu dan kamu memberi ilham untuk entry kali ini..saya 'suka sangat' berkawan dengan kamu dan kamu =)

Monday, August 9, 2010

Hajat + Angan2 = Final

HAJAT
waduhhhh..semalam g jejalan cari barang..maklum jela nk puase da kan..konon nk beli barang keperluan jela..alih2 terbeli pulak kasut..TQ en. Buah Hati..hehe..normal la tu..niat nye g melaka nak belikan ubat gigi si Leman..tp xde pun..yg ade cuma listerine dia aje..mcm x sesuai je dan termatlah mahal.. jadi digantikan lah dgn membeli new cage utk Leman yg semakin hari kenakalan dan kebijaksanaan dia sangat menguji kesabaran..so dgn ada nye cage baru ni, boleh la nk kurung dia kalau dia ada wat salah..itu namanya ialah pengajaran utk seekor kucing yg nakal dan bijak.. aishhhh..Leman..Leman..beruntung nye kau..bak kata en.buah hati "g shopping je x pernah x beli pape utk Leman, mesti ade something utk dia.." dalam hatiku pulak "itu baru anak kucing, anak sendiri nanti lagi hebat layanan yg diterima kot =)"

ANGAN-ANGAN
berbalik pada al-qisah nye shopping..
on da way balik, singgah la kejap kat astana moda..nak cari kain cotton buat baju raya..hati gumbira ni nk beli kain..p la kt bahagian kain cotton..uisshhhhh..lawanye kain2 dia..corak2 dia simple je..kalau aku yg kasar ni pakai, boleh terus jadi ayu tau :p jumpe la kain idaman 'cotton viscose' warna biru turqiose (tema tahun ni)..skali ku tenung dan amati harganya, alangkah terkejutnya jiwa dan raga..bapak kau!! mahal nk mampos..harga kain je da boleh buat modal aku balik perak bawak kereta..huh! dengan kecewanye, aku pun berlalu lah pulang..good bye 'cotton viscose'..hargamu dikenang..

FINAL
eh..cite belom abis lagi..lepas balik shopping, g umah kak sedara cz ada kenduri..pom pam pom pam baut keje tolong itu ini dan macam2 lagi (mcm byk je yg tolong, walhal potong kuih je ;p)
alih2 kawan aku call "iza, saya da sampai kt bus station ni, boleh tolong ambil x" kenduri dan kawan mana penting? dua2 kan? so dulukan lah kenduri, kemudian g la amik kawan.. Kehebatan aku bawak kereta mmg x dapat disangkal lagi oleh sesiapa, maka start enjin, pusing steering..tetibaaaaaa..buuullllkkkk!!! aiseh..ape pulak aku langgar ni?? skali cek..hah amik kau!!! bumper aku kemek, belekuk siap terkeluar lagi dari tempat asalnya hanya kerana seekor myvi putihku TERlanggar BATU di tepi batas pokok bunga..ape lah nasib nye aku..inilah final utk hari minggu =(

jadi..kesimpulannya..aku x dapat apa, si Leman je yg dapat..hahaha..maka, janganlah kamu mencampur adukkan urusan hajat dan urusan angan2..nanti kamu akan terima finalnya..ok..xde kaitan..sekain, TQ =)
Related Posts with Thumbnails