Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Friday, August 20, 2010

Fakta tentang KUCING



Kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.
Kucing Baginda diberi nama Mueeza.

Suatu kajian yang dijalankan di Universiti Atlanta terhadap pesakit2 darah tinggi, keluarga yang memelihara kucing mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding keluarga yang tidak memelihara haiwan ini.

Masyarakat Mesir kuno adalah orang yang pertama menyedari
potensi kucing sebagai pemburu tikus.

Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara. Kemampuan ini membuat kucing dapat menggunakannya sebagai pemacu alternatif untuk bergerak dalam kegelapan.
Dengkuran kucing mampu memberi 'effect' tenang kepada manusia.

Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya dilahirkan tuli/pekak, walaupun begitu pancaindera yang lainnya berkembang sebagai ganti.

Dalam kerajaan haiwan, IQ kucing hanya mampu ditandingi oleh monyet dan cipanzee.
Ternyata kucing adalah antara haiwan yang bijak.

Kucing tidur lebih lama berbanding haiwan-haiwan lain. Ia tidur sekitar 16 jam 1 hari.
Lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih. Permukaannya
yang kasar mampu mebuang bulu-bulu mati dan membersihkan
bulu-bulu yang ada di badannya.

Kemampuan deria bau kucing kampung adalah 14 kali lebih kuat daripada kemampuan deria bau manusia.

Mereka yang takutkan kucing digela Ailurophobia.

Kucing mungkin akan lebih selamat jika terjatuh dari aras 10 berbanding aras 7 kerana kucing memerlukan waktu yang setara dengan aras 8 untuk menyedari apa yang terjadi, tenang, dan membetulkan posisinya.

Kucing sangat menjaga kebersihan ketika sedang mandi (menjilat diri).
Ia akan melakukan penjilatan terakhir pada bahagian sulitnya. Ia melakukan
penjilatan di bahagian yang mudah dicapai terlebih dahulu.

Kucing mempunyai badan yang fleksibel dan tapak kaki lembut yang mampu menyerap hentakan. Walaupun dijatuhkan terbalik, kucing dapat mendarat dengan kakinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails