Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Friday, November 5, 2010

Malam Ini Dengan Air Mata

Malam ini..
Dengan air mata aku berlagu
Dengan sendu aku menyanyi
Terus kepada blog ini aku mengadu

Jari laju menari di papan kekunci
Tanpa ada rasa segan silu

Aku tegar meluahkan segalanya



Malam ini..
Air mata di tubir tak dapat di tahan lagi
Lalu aku biarkan ia mengalir semahunya
Sehingga ia di penghujung dagu
Ia terus menitis ke lantai
Tanpa ada sesiapa yang cuba mengesat



Malam ini..
Aku menongkat dagu di tepi beranda
Melihat langit yang gelap tanpa bulan dan bintang
Hajat ingin menghitung bintang di langit

Namun aku mung
kin lagi tegar untuk
Menghitung hari yang aku sendiri tak pasti





Bila agaknya kisah air mata akan berhenti
Bila agaknya kisah hati akan tenang
Dan bila agaknya aku temu bahagia itu





Jauh aku melangkah ke daerah asing ini
Tanpa teman, tanpa keluarga
Mengharapkan semanis-manis impian hidup
Yang kadang aku sendiri keliru dengan impian itu

Sehinggalah...air mata ini terus setia menemani


Malam ini...
Terdetik di hati satu soalan
Adakah ini tempatku untuk mencari bahagia?
Jika YA, tunjukkan aku bahagia itu
Dengan siapa, di mana dan bila
Jika TIDAK, tunjukkan aku jalan pulang
Tak perlu dengan siapa, di mana dan bila
Cukup dengan kadar segera
Kerana aku pasti akan pulang dengan air mata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails