Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Tuesday, March 1, 2011

Teratak Anna Abadi vs Teratak Santai

TERATAK ANNA ABADI
Dulu..sekitar tahun 2004-2006 ada satu forum namanya Teratak Anna Abadi. Forum ni memang best sangat especially utk uols yg suke touching2 ati n perasaan. Merajuk je dgn pakwe, terus le tetiba pandai pulak nk berpuisi kan..masa blajo sastera bukan main lagi kutuk2 benci2 dgn puisi. Normal la tu kan?? Cik Ija pun sama..hihihi

Ok kesahnya Teratak Anna Abadi ni, moderator nye nama Anna, dia ni seorang gadis yang sangat kreatif dalam penulisan karya sastera cinta..dan kebanyakan puisi2 dia sangat lah syahdu dan dramatik. Dan Cik Ija sebagai seorang pemuisi GAH masa sekolah dulu (bangge ni! hahaha) suke la mendalami bait-bait puisi Anna sampaikan boleh tertumpah air mata Cik Ija tau..Touching sesangat la tu konon nye.

Tapi pada tahun 2008, Cik Ija pernah la cuba untuk search sekali lagi forum Teratak Anna Abadi, tapi telah ditutup.
Dengar2 nye Anna telah kembali kepadaNya dan ruangan forum beliau telah ditutup oleh rakan baik Arwah Anna atas permintaan Arwah semasa hayatnya masih ada. Ini sedikit pesanan dari Arwah Anna dari dalam forum beliau dulu.

"Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak
dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh
kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu.
Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.
Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya."

Al-fatihah buat Anna.Terasa sedih pulak hari ni bile teringatkan forum beliau yang best tu..siap ada background muzik yang menenangkan hati perasaan. Sorry sangat Cik Ija sengaja xnak publish sajak Arwah Anna kerana menghormati permintaannya. Walaupun Anna sudah tiada, namun nurkilannya di alam cyber tetap dalam lipatan kenangan ramai insan.





TERATAK SANTAI

Setelah 1001 kali mencuba search forum Anna Abadi tapi tak jumpa2, lastnya TERmuncul pulak 1 lagi forum yang seakan-akan menggantikan forum Anna Abadi..iaitu Taratak Santai dengan mottonye Hidup Biar Sedap.. katanya Teratak Santai ni adalah kesinambungan kepada Teratak Anna Abadi. Dan..hampir-hampir serupa.

Jadi Cik Ija pun bukanlah lagi menjadi pemerhati setia mcm Teratak Anna Abadi dulu, tapi Cik Ija terus daftar jadi ahli forum dan ternyata Cik Ija aktif ler jugak berkongsi karya puisi dan pantun cinta..cewahhh..tapi serius memang Cik Ija banyak share puisi yg Cik Ija bikin sendiri berdasarkan pengalaman dan angan-angan Cik Ija kat dalam Teratak Santai tu. Dan setiap puisi Cik Ija dibalas dengan bentuk puisi oleh kometar-komentar ahli forum tersebut.

Nama pena Cik Ija masa tu bukan mcm skrg ni..dulu guna nama lain..mane bleh bagi tau..kantoi larr..dan banyak jugak lah puisi dari Teratak Santai tu Cik Ija salin by hand yer, dalam buku peribadi Cik Ija dan disimpan dengan baik dan Cik Ija tak pernah share dengan sape-sape pun puisi2 tu.

Amalan Cik Ija yang rajin menyalin/mengkopi puisi2 dalam Teratak Santai tu rupanya-rupanya tidak sia-sia..kira-kira bulan Ogos 2010 kot, Cik Ija try search Teratak Santai, rupanya telah ditutup jugak. Sebab apa xtau la pulak. huhuhu..maka, tiada lah lagi teratak untuk Cik Ija bergelumang dengan puisi-puisi indah nan syahdu. Sape-sape ade link untuk santai-santai puisi boleh share kt comment box ye. END

Nota tepi :kalau uols sedih kan, try le buat puisi kisah sedih korang tu..tak sedap pun xpe..tapi korang rasa tenang. Tapi lagi baik kalau korang mengaji je..hehehe

11 comments:

  1. Al-fatihan buat arwah... moga ditempatkan dikalangan para solihin... tak tahu pulak arwah dah meninggal... akak pengunjung setia teratak santai... namun sejak jun tanun lepas, kesibukan dan ketiadaan internet menyebabkan tak dpt mengunjunginya... bila dok taip url dia, tgk2 dah tutup.. tertanya2 juga kenapa tutup... terima kasih dengan matlumat ini...

    *atik*

    ReplyDelete
  2. salam akak..saya pun dulu selalu jugak masuk teratak anna abadi. sejak kak ana dah xde, mmg rasa sgt2 kehilangan sebab ramai member yg de kat sana tak dpt nk contact lg, yelah. saya time tu budak2 lagi kot kak. tapi pas teratak anna abadi ditutup, saya g plak kat teratak santai tapi sesungguhnya memang tak semeriah di teratak anna abadi. tapi sekarang ni, sayang sungguh bila teratak santai pun dah tutup...

    ReplyDelete
  3. Salam.teratak anna abadi adalah titik perkenalan sy dan suami.

    Al fatihah buat arwah anna.

    ReplyDelete
  4. teratak anna abadi meninggalkan terlalu bnyk kenangan... mm.. ceritera saya dan dia smpai skrg.. segalanya bermula d teratak ANNA ABADI..

    ReplyDelete
  5. Assalamua'laikum Ija

    Nostalgia kedua dua teratak tersebut masih terngiang-ngiang dalam ingatan.Saya ahli otai di kedua dua tempat. Penutupan Teratak Santai jua di sebabkan kematian ahli2 yang aktif saperti arwah Wan Norman dan Wina@Bangkimoon. Jadi sahabat2 memutuskan bahawa tidak sesuai lagi di buka apa apa teratak sebagai kesinambungan kepada Teratak Ana Abadi. Kini semuanya tinggal kenangan belaka. Oh ya sebelum ditanya biar saya jawab ...saya ketika itu menggunakan nick nick Laguhati,Anginmalam dan Rindupagi. Teruskan blogging.

    ReplyDelete
  6. remember ku mulakan dengan lagu

    ReplyDelete
  7. background music bg Teratak Anna Abadi mmg sgt2 bez.. rindu nk dgr.. kadang2 keluar dlm drama tv.. apa tajuk music tu yer? nk download kt mane eh?

    ReplyDelete
  8. Salam. Jom jadi teratakian disini. Saya dah daftar

    ReplyDelete
  9. Rindu kt karya2 menarik dari TAA dan TS.
    penulis2 skg menulis tanpa jiwa.
    :(

    ReplyDelete
  10. Dulu sy jugak pembaca setia teratak Anna Abadi..sekitar tahun 2004-2005 dulu..masa tu duduk matrik. Guna nama Ain Arina..sedih jugak bila lost contact dgn semua yg ada kat situ. Al-fatihah utk arwah Anna.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails