Salam all..
Hai..Entri ni saya masukkan dan publish kat blog saya berdasarkan pengalaman saya serta adik beradik dan keluarga ketika majlis resepsi kakak saya berlangsung pada bulan lepas
Kisahnya adalah mengenai Goody Bag
This is our Goodies Bag
Kami buat sendiri bag ni lebih kurang 1500 packing
Pagi petang siang malam selama 2 hari, 24 jam tanpa henti
hebat tak?? macam mesin kan..siap ade shift lagi
Idea ni dr kakak saya sendiri yang mana dia buat survey kat internet
ramai sangat orang yang bagi mcm ni especially Mat Saleh punye wedding
So kitorang agree la nak buat mcm ni tambah2 pulak
dalamnya kami letak kerepek ubi pedas from Batu Pahat(sedap gile)
dan juga beberapa jenis gula2 yang sedap rasanya
zaman sekarang ni plastik dah terlalu banyak jadi dalam masa yang
sama tujuan kami buat goodies bag mcm ni adalah utk menyelamatkan
alam sekitar dan bumi yang terlalu tua ini
prihatin tak kitorang ni?? haaaa..korang pun kena fikir macam yang kitorang fikir
dan ramai yang memberi pujian especially to
Officemate daddy n mummy, En. Buah Hati, kawan2 saya, dan beberapa
orang lagi yang dapat menerima pemberian ikhlas kami ni
TQ ye korang semua
TAPI
TAPI
TAPI
TAPI
TAPI
TAPI
ada jugak insan2 yang kurengggg senang dgn goodies bag ni
katanye
"ini je dapat?? kolotnyee"
"beg ape mcm ni rupenye? tak macam beg pun"
"orang sekarang semua bagi beg yang lawa2, beg ni je dapat?"
"kalau bag mcm ni kitorang xnak la"
"eh mcm ni punye cenderahati pun org bagi ke?"
dalam hati saya
"mcm ni punya mentaliti orang melayu pun ade ke? x bersyukur atas nikmat yang Tuhan bagi!
aku bagi telur rebus terus letak dalam poket bulat2 je nanti baru korang tau"
nampak tak perbezaan orang kita dengan orang kt luar sana?
bukan saya nak cakap saya dan keluarga ni keBARATan sangat
tapi fikirlah +ve wahai manusia-manusia
korang tengok kat bawah ni contoh orang barat bagi wedding favor
simple!
sorry..saya taknak tunjuk budaya masyarakat kita punya goodies bag
nanti org2 yang jual bag2 tu maki saya pulak kan
rasanya korang sendiri pun terlalu banyak dapat dah beg2 cenderahati
dan sampai x tau nk buat ape dah dgn beg2 tu kan
dan isi2 dalam bag tu yang tah ape2 tah mesti korang campak2 je kan
key chain, lilin wangi,beg duit, sapu tgn berhias, set sudu kecik (nk guna pun xleh)
dan mcm2 lagi cenderahati..
memang harga nye 70sen-1.20 setiap 1..belum masuk harga beg lagi
tp kalau bagi 1200 tetamu, berapa ribu dah korang habes kat benda2 mcm ni?
saya percaya tak ramai antara kita yang menghargai
pemberian sedemikian..paling baik pun mak kita simpan
letak dalam laci sampai la laci tu penuh
membazir ke tak? membazir kan..
kalau xnak membazir, bagi lah barang2 yang boleh digunakan atau dimakan orang
mug di JUSCO (harga sama dgn sapu tangan berhias+keychain)
muffin gardenia (beli banyak2 murah..free postage sampai depan pintu rumah)
gula2 letak dlm uncang organza (boleh mkn time ngantuk drive balik dr rumah pengantin)
set sudu garfu yang size normal kita guna (ikat reben sikit)-murah je
face towel (nk bg towel good morning pun ok, hiaskan dgn riben ia nmpk cantik)
dan banyak lagi yang kita boleh bagi
TAPI
TAPI
TAPI
TAPI
TAPI
segelintir masyarakat kita masih belum boleh buka minda dan mata hati
untuk terima benda lain sebagai cenderahati
dan menerima brown paper bag sbg goodies bag
mereka akan MENGUTUK! MENGATA! MENGHINA! malah MENCERCA!
kalau dapat brown paper bag macam yang keluarga kami bagi
dan sekiranya perkara ini terus berlaku, saya tidak akan teragak-agak utk kembali ke perkahwinan zaman silam iaitu
memberi telur rebus sebiji sorang dalam kotak
1 family ada 5 orang dtg, dapat 5 biji telur rebus
bawak balik, suruh mak buat kari telur..sedappp
fikirlah sendiri..kalau pun bajet banyak sgt utk cenderahati, adalah
lebih baik bari cenderahati yang boleh diguna pakai
atau dimakan dgn lazatnya!