Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Saturday, October 2, 2010

Tenkiu En. Buah Hati

Hari ni..
En. Buah hati dan family datang beraya di rumah bonda...........Perak
From Muar to Seri Iskandar..Jauh beb..kebas montot duk dalam kete 5 jam

Saya ini budak keding yang nakal
jadi kepulangan saya ke Perak dirahsiakan dr pengetahuan En. Buah Hati
Sebab beliau beria sgt nak saya balik..katanya segan kalau saya xde same
Kerana itulah, saya rahsiakan kepulangan saya
saja nak uji kemaluan beliau..opss..sorry..maksud saya nak uji sifat malu beliau itu
jadi saya ni pakat la dengan bonda beliau..Saya maklumkan kt bonda beliau, yg saya ni akan balik perak, tp En.buah hati xtau (nmpk nye bakal ibu mertuaku ini boleh simpan rahsia)

Seawal jam 8.30 pagi saya da ajak bonda ke pasar beli ape2 yang patut..maklum aje la..tetamu paling jauh datang beraya tahun ni..rupenye bonda da siap order lemang jagung!!! perghh..memang tetamu ini dinanti-nantikan..saya?? ehem..ehem..beli barang utk buat laksa..sebab En. Buah Hati suke laksa saya..
meh saya share sikit bahan2 dan cara nak masak laksa yg mantopppp

Bahan-bahan
1/2 kilo ikan kembung (kalau ikan sardin mentah lg sedap) - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
cili kering (mengikut kepedasan masing2 ye) -dikisar
belacan (belasah je nk banyak mana)
garam (ikut rasa masin)
2 kuntum bunga kantan
seikat daun kesom
8 keping asam keping
secubit uncle Aji
1 Paket laksa brand EKA (laksa ni lembut)

Cara-cara
Rendam laksa dalam air biasa. Rebus ikan yang telah disiang bersama beberapa keping asam keping. Sambil menunggu ikan masak, boleh la mengisar cili kering,belacan dan bawang.

Ikan yang telah masak, asingkan tulang dengan isi. Kalau malas, masuk je terus ikan tu dalam pengisar..letak air dan terus je kisar. Kemudian tapiskan ia supaya tulang2 tu tak termasuk sekali dalam kuah. ulang proses yang sama sampai semua ikan habis dikisar.

Masukkan cili kering, belacan dan bawang tadi dalam kuah ikan..jangan lupa masukkan daun kesom, asam keping, bunga kantan dan garam.
hah ape lagi.. rebus la..

laksa yg direndam tadi boleh la direbus atas api (laksa ni kalau direndam lagi lame lagi bagus)
tutup api bila kuah laksa dah mendidih. senangkan??

cadagan hidangan : hidang bersama daun salad, timun, cili, bawang dan telur rebus.makan time panas2..laksa saya sedap..kalau tak panas pun xpe..tetap sedap..jgn marah aaaaa :p
ape?? nak gambar?? xde..nak, korang kene try masak sendiri..ok

inilah menu utama yang saya jamukan kepada En. Buah Hati dan keluarga beliau. Tapi...........

ada pulak beliau segan nak tambah lagi laksa tu..da balik, baru dia mesej
"laksa syg sedap gilos..b nak tambah lagi tapi sogan den" hahaha
next time la baru leh dapat merasa lagi..

Tenkiu bagi saye kek lapis sarawak yg besau gilos itu..sedap kek nye..dah bagi x boleh mintak balik :p

1 comment:

Related Posts with Thumbnails