Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Saturday, October 2, 2010

Misteri Seorang Tua

Title mcm seram ke x? ni bukan nak cite seram2 tapi ni adalah kisah benar yg saya lalui sendiri.
Dah lama berlaku tapi baru harini teringat nak share dlm blog sebabnya pukul 2pg tadi saya berada di tempat yg sama di mana kejadian tersebut berlaku.

Ceritanya da berlalu 2 hari sebelum kedatangan Ramadhan..saya dapat cuti 5 hari untuk menyambit Ramadhan, jadi balik la kampung..x drive, juz naik bus nk save cost..bas mcm biasa, dari muar pukul 11 malam..sampai kat ipoh dalam pukul 3 pagi..

Nak dijadikan kisah, ayah saya ni terlambat ambil saya kt stesyen bas tu..jadi saya tunggulah kt depan kedai 24jam..masa tu agak ramai jugak org, tapi bila da hampir sejam menunggu, orang makin berkurang. yang tinggal hanya 4 org je..saya, penjaga kedai, lelaki muda dan seorang pakcik tua..

dalam tengah leka menunggu tiba2 dtg seorang lelaki tua lalu menyapa saya (ayat buku ni)
saya perhatikan dia..ok semua..tolong imagine ye
Berserban putih..............
Di lehernya tergantung tasbih
Memegang 1 tongkat berbalut kain kuning pada bhgn pangkal di tgn kanan beliau
Membawa 1 tongkat yg agak pendek bebalut kain kunig di dalam beg yg dikendong beliau
Memakai jubah berwarna kelabu gelap
Memakai capal
Berbau harum (yg ni mmg tegak bulu roma)
ketika itu jam lebih kurang 4 pagi

Beliau pun menyapa..
"Assalamualaikum"
"Walaikumsalam" (nada terkejut tapi cover2)
"Anak ni nak balik mana?"
"Saya nak balik ke Seri Iskandar"
"Kalau nak balik, bas pukul 6 pagi nanti baru ada"
"eh..xla..saya tunggu mak ayah datang jemput ni..jap lagi sampai la tu"
"Kalau mcm tu xpe la..Pak cik jalan dulu ye..Jaga diri..Assalamualaikum"
"Walaikumussalam"

Saya ni penakut..jadi x berani la nak pandang ke mana hala tuju Pak Cik tu..
selang beberapa minit, ayah pun sampai..
Terus saya cerita pada mak dan ayah..masa dalam kereta, saya terpandangkan pak cik tu tgh jalan ke 1 kawasan gelap
saya tanya pada mak ayah, nmpk tak org tua tu?
mak ayah nampak..Tp dalam kepala saya pelik..macam mane pak cik tu boleh jln jauh selepas tak sampai 5 minit dia menegur saya
Serius...memang tegak bulu roma

Kalau gunakan logik akal..
tengah2 malam mcm tu, ke mana dia nak pergi
Da la sorang2..gelap pulak tu
Xde kenderaan awam pun yang lalu

Malam tadi, bila saya berada di stesyen bus jam 3 pagi, saya seolah-olah seperti menanti kehadiran Pak Cik tu..tapi xde la pulak..mungkin sebab ramai orang kot..

Siapa sebenarnya dia ye? sampai harini saya x dapat jawapan..Hanya Tuhan yang mengetahui segalanya


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails