Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Monday, July 12, 2010

Sambal Udang Petai & Sotong Goreng Tepung

uppssss..tetibe mcm lapar lak bile baca title kt atas tu..ahaaaa..menu istimewa utk BELIAU..siapa lagi kalau bukan utk En. Buah Hati saye lor..walaupun BELIAU sibuk keje pg ptg siang mlm termasuklah hujung minggu, tp ingatanku padanya x pernah berpenghujung..ceewaaahhh :p
rasanya mcam nk share la resepi BONDA ni kt semua..check it out!!!

SAMBAL UDANG DENGAN PETAI

Bahan-bahan
25 ekor udang sederhana besar
Petai (ikut suke la nk byk mane)
1 biji bawang besar di hiris bulat
air asam jawa
minyak untuk menumis
gula dan garam
sedikit air

Bahan dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sehiris halia
15 tangkai cili kering

Cara-cara
1. Cuci udang (terpulang samada nk buang semua kulit termasuk kepala atau pun tidak)
2. Panaskan minyak
3. Tumis bahan yang dikisar. Pastikan menumis sehingga naik minyak. Kalau tak nanti cili tu akan rasa sgt pedas.(boleh buat sakit perut)
4. Setelah naik minyak, masukkan sedikit air utk dijadikan kuah.
5. Masukkan petai dan air asam jawa.
6. Masukkan udang yang telah dibasuh
7. Masukkan bawang yang dihiris bulat.
8. Garam dan gula mengikut citarasa
9. Siap!


SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-bahan
500g sotong segar
100g tepung gandum
50g tepung beras
50g tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Basuh dan toskan sotong. Buangkan keseluruhan kulit untuk mengelakkan meletup semasa goreng. Hiris sotong bulat-bulat
2. Campurkan semua tepung ke dalam mangkuk bersama sedikit garam dan kunyit. Gaul rata.
3. Pecahkan telur di dalam mangkuk berasingan.
4. Celupkan sotong ke dalam telur
5. Kemudian masukkan pula sotong yang telah disalut telur ke dalam tepung. Pastikan tepung menutup kesluruhan sotong. (buat satu per satu untuk mengelakkan sotong melekat)
6. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas sehingga sotong kelihatan kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Siap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails