Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Wednesday, July 21, 2010

Hanya Kamu




Lelaki itu..
Mengapa aku terlalu jatuh sayang kepadanya
Mengapa aku terlalu jatuh rindu kepadanya
Sedangkan aku tahu aku disakitinya
Berkali-kali aku tetap disakitinya
Tapi aku tidak pernah mengalah walau sekelumit zarah sekalipun
Yang aku tahu aku inginkannya
Aku ingin miliki hatinya

Aku tetap mahu ingin berpegang pada janjiku itu
Janji yang telah aku pahat ketika pertama kali kamu menegur aku
Kata kawanku, janji yang pasti akan memakan hatiku
Dan saat janji itu ingin aku tunaikan, kau pergi jauh dari aku
Namun janji tetap akan aku tunaikan

Mengapa?
Aku langsung tidak tahu
Yang aku tahu aku mahu kamu
Aku sayang kamu
Aku sangat sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Yang teramat aku sayang adalah kamu
Kerana itulah aku degil untuk terus mahukan kamu

Ya, aku tahu aku tidak punya apa-apa
Hanya gadis kerdil yang sentiasa tumpah air matanya
Kerana lelaki itu
Aku tegar berpegang kepada kehendak hatiku
Kerana kamu yang sering hadir dalam mimpiku
Dan aku yakin aku dapat memiliki hati kamu suatu hari nanti
Pasti! aku dapat miliki kamu

Kini...
Hati kamu telah aku miliki
Namun aku masih perlu tunaikan janjiku itu
Aku ingin menjaga kamu
Menemani setiap derap langkahmu

Tuhan,
Kurniakan sebanyak-banyak kesabaran kepada aku
Aku ingin sangat menjaga lelaki itu
Ketika susah senangnya
Ketika dia mahukan seseorang disampingnya
Ketika hatinya kebuntuan dan hilang arah
Ketika dia perlukan ketenangan
Ketika dia berduka
Sehinggalah ketika dia mengalirkan air mata
Aku tetap ingin terus menjaganya
Aku tetap mahu terus disisinya
Kerana aku inginkan dia bahagia
Kerana aku inginkan senyuman terus terukir di wajahnya
Kerana aku amat sayangkan dia

Entah kenapa
Ada suara halus dari hujung pelusuk hatiku
Melarang aku meniggalkan kamu
Melarang aku pergi dari kamu
Ia terus bersuara dan bersuara sehingga aku yakin
Aku tidak mampu untuk meninggalkan kamu
Dan biarlah aku terus menjaga kamu

Ingin aku minta kepada kamu
Janganlah kamu pergi jauh dari aku
Aku ingin sangat menjaga kamu
Aku ingin sangat menggembirakan kamu
Jangan kau tanya mengapa
Aku tiada jawapan untuk itu
Yang aku tahu aku ingin kamu
Yang aku tahu aku sayang kamu
Yang aku tahu aku perlu kamu
Hanya kamu




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails