Di hamparan elektronik ini aku meluahkan rasa
Bukan utk meminta simpati
Bukan juga utk mencari publisiti
Hanya utk tatapan insan2 seperti aku
Yg di minda ini sarat dengan sesuatu yang tak terluah
Bunyi alunan cengkerik riang menyanyi
Seperti ingin menemani saat aku kesunyian
Tapi x semudah disangka
Kerna aku hanyalah aku
Yang tidak pernah kalah dengan perjudian nasib
Menghitung sesuatu yang aku sendiri tak pasti
Siapa, di mana, mengapa dan entah kenapa
Hati ini kadang kala memberontak
Kerana perjudian ini masih belum tamat
Dan aku sendiri tak mampu menghitung bila ia akan tamat
Bagiku hidupku kini bukanlah seperti yang aku impikan
Di mana bahagia yang aku cari
Masih belum lagi aku miliki
Lantaran itu aku bangkit semula di daerah asing ini
Hanya satu yang aku cari
KEBAHAGIAAN...
No comments:
Post a Comment