Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Friday, September 17, 2010

Tips Shopping Barang Kahwin

Raya ke-8..
Yeay!!!! tiada lagi beraya sakan
Tapi shopping sakan
Mencari keperluan perkahwinan Kak Long
Sehinggalah terjadinya sebuah hasil
Yang digarap oleh saya la..
Tadaaaaa


baru buat rangka je..masih banyak ruang kosong..
ckp peraknya 'tobek'


tengah cuba memadatkan bunga-bunga ni


abaikan pemandangan tak berapa nak indah tu
biasalah..tengah buat kerja mmg bersepah banyak


inilah hasil selepas 3 jam bergelut dengan bunga ros baldu

kat sini nak share sikit pasal bunga ni
saya menggunakan 2 buah span bunga yang
dipadatkan di dalam pasu tersebut
memerlukan 125 kuntum bunga ros baldu untuk
menghasilkan bentuk dan size bunga ni
menggunakan lidi dan tape bunga untuk memanjangkan tangkai bunga
tujuannya untuk menampakkan bunga lebih tinggi
ok..bunga ni digubah untuk diletak di sisi pelamin
dan....
untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat
dengan tawaran harga yang murah2 je
beserta stand bunga dan juga dulang-dulang hantaran modern


dalam sibuk2 beli barang kawin, TERsengaja la singgah kt KK Home Deco
mula2 masuk rasa mcm nak keluar semula
sebab barang2 dalam tu semuanya english style je
secara TAKsengaja
TERpandangkan something yang..wow!!!!!!

**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**


polca dot bowl RM2.00/pcs..sukenyeeee


coffee cup yang kiut ni..RM2.90/pcs


pinggan ni..RM2.90/pcs..bekas hantaran

dan 1 lagi dulang hantaran modern..gambar lupa nak snap tadi..
sorry guys

so..
untuk beberapa tips membeli keperluan perkahwinan

1) adalah digalakkan untuk buat survey dulu
penat pun xpe asalkan dapat barang yang cantik
dengan harga yang berpatutan

2) keluar awal-awal pagi sebab pusing 1 kedai akan makan
masa hampir 1 jam atau lebih

3) bawa bersama orang yang berpengalaman atau tahu tentang
barang-barang yang perlu..beli yang tak perlu
kan rugi jadinya

4) Rajin2 kan diri bawak air sebab penat tau..mesti cari air
punye..kalau boleh spare roti sekali..hehehe

5) pastikan bawa duit yang cukup..jarang kedai2 kahwin ni
boleh bayar guna credit card atau debit card
manual aje semuanya

6) kalau boleh jangan bawak kaum adam..diorang akan
merungut..kita nak cari barang pun jadi
kelam kabut

ok..semoga tips yang ciput ni dapat membantu bakal-bakal pengantin






Saturday, September 11, 2010

Ceritera Syawal

Salam Lebaran semua
1 syawal dah pun berlalu
2 Syawal, melangut aje duk rumah
rasanya xde ape yg best pun nk cite
sambutan raya pun biasa-biasa je
so gambar2 ni jela yang dapat share

Ni baru nk setting camera je ni


Bertemakan biru turqoise tahun ni


macam biasa..posing sampai berpeluh-peluh


tradisi pagi raya..semua org pun buat


lama betol adik teruna ni salam


ini aksi lakonan depan kamera semata-mata


macam mana la baju kitorang ni boleh hampir sama..ishh


klik!! klik!!


Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum
Salam lebaran
ehem..ehem..raya pun da dekat sangat da ni
tapi still kat ofis lagi
nasib baik cuti raya dapat dua minggu
boleh beraya sakan
tapi saya memilih untuk berjimat cermat
anda bagaimana?? hehehe

ok lah..dikesempatan ni, saya Nurul Izza Binti Abd Rahim
ingin sangatlah memohon ampun dan maaf kepada semua
terutamanya insan-insan yang sentiasa lekat di hati saya
iaitu Ayahanda, Bonda, Kak Long dan adik-adik, sedara mara, sepupu sepapat
tak lupa juga ampun maaf ini ditujukan kepada seseorang
yang telah mencuri hati saya lalu tak tahu di mana hati saya disorok beliau
kepada anakanda Leman Comeyl, mintak maaf jugaklah sebab
tak sempat nak belikan baju raya Leman..duit raya baru dapat hari ni

kepada student-student saya, cikgu mintak maaf ye kalau2 ada
yang selalau kena marah ke kena warning ke
kepada kawan-kawan baru dan lama yang banyak menyokong dan kutuk saya
ampun maaf dipinta dari saya budak kecik yg keding ini
dan kepada pembaca-pembaca blog serta follower
saya mintak maaf kalau2 ada entry saya yang telah merobek hati sesiapa
maklumlah, saya ini terkenal gak dgn nama MULUT TANPA INSURAN
dan kepada mana2 insan di dunia ini
Ampun Maaf Dipinta
Selamat Hari Raya Aidifitri

Sempena kepulangan saya ke kampung halaman (kampung ke??)
pada petang ini, saya mengharapkan doa dari kalian
semua supaya saya dan barang2 raya saya selamat sampai ke destinasi
hendaknya..dah lama tak drive jauh-jauh ni
dulu memang brutal jugak la slamber je balik perak tengah2 malam
tapi semenjak dua ni byk sgt kes2 'kurang asyem' terjadi
maka saya pun tak berani lagi buat kerja brutal tu
dan memandangkan telah mendapat amaran halilintar dari keluarga
jadi saya dengan rasminya akan gerak di siang hari

pesanan penaja
adik2, abang2, bapak2 yang suka main mercun tu
hati-hati ye..jangan dah putus jari baru nak menyesal
kakak2, ibu2, buat kuih kat dapur tu hati2
jangan nanti beraya ada pulak parut lecur
kepada pemandu-pemandu dan pengguna tegar
lebuhraya, jalan persekutuan, jalan kampung,
berhati-hatilah ketika memandu
pastikan rehat yang cukup, patuhi had laju (hendaknya begitulah)
dan elakkan terkena saman ekor
dan yang paling penting kepada semua
amalkan berjimat cermat dan besederhana dalam
menyambut lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

** lagu kat atas tu lagu paling syahdu dan penuh makna walaupun x berapa
masyuk sangat dengan entry ni..hikhik

nak makan lemang jagung, rendang pedas emak, laksa, lontong,
semua jenis kuih2 dan kerepek2, dan ape2 aje yang boleh naikkan berat badan
hehehehe (laparrrrrrr)

Monday, September 6, 2010

Hanya Kerana Cinta Ku Melangkah Jauh


Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untukmu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu

Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpimu
Agar dapatku bersamamu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah

Wednesday, September 1, 2010

Diari untuk Leman



1 Sept 2010..sejarah pertama untuk si kecik Leman Comeyl yang disangka telah
menghilangkan diri..saya?? sedang mengajar di dalam kelas..
tiba2 tergerak hati nak jenguk Leman Comeyl..tp dia xde! masuk ofis..pun xde!..masuk kelas..pun xde! terpekik terlolong sampai semua student pun tolong carikan si Leman..tp xde!

Ku gagahkan diri di bulan puasa yang panas terik ni untuk cari Leman di laur ofis..
air mata mula bergenang di tubir mata..tak!! Leman tak mungkin hilang!!
satu kenyataan yang tidak boleh diterima kalau Leman hilang
tiada kemaafan untuk diri sendiri kalau Leman hilang..

ku teruskan pencarian tanpa rasa putus asa..
sehinggalah aku yang berbaju kurung ini lari lintang pukang apabila dikejar anjing
semuanya kerana kasihku pada si kecil Leman Comeyl..
air mata terus tumpah tatkala aku menghubungi En.Buah Hati
aku tahu dia juga sedih
di hujung talian terdengar akan suaranya yang mula bergetar
aku yang bersalah..aku yang cuai..

lantas..aku kepenatan yang teramat, terus aku masuk semula ke ofis dgn hampa
terus aku terduduk dek kerana kesedihan yang terlampau
Cik Kerani memeluk tubuhku erat
"sabar ye za..Leman ada tu..mungkin dia tengah tidur kt mana2"

terus kepala ku ligat berfikir di mana tempat yang Leman selesa tidur
kebiasaannya di tempat yang tak panas
lantas aku berlari ke surau ofis dan.......
Leman!!!!!!!!!!!
Rupanya Leman sedang tidur di penjuru surau
Ya Allah..bersyukurnya aku..
Terus aku capai Leman dan bertubi-tubi ciuman ku berikan kepada Leman
Ternyata aku terlalu sayangkan Leman
Lantas terus aku menghubungi En. Buah Hati meberitahu perkabaran gembira ini

Alhamdulillah..kasihku masih lagi untuk Leman Comeyl..tiada galang gantinya
walau aku diberikan seekor Persian sekalipun, kasihku tetap pada Leman

Leman..kami semua sayangkan Leman
Leman jangan nakal-nakal ye..


* Leman..kucing kesayangan ramai..bijak..walaupun hanya kucing kampung je
tp Leman tak pernah bagi masalah mcm kucing lain..so kepada sesiapa
yang tak pernah bela kucing, jgn ckp saya gila kerana menangis untuk kucing..
kalau kamu kata saya gila, sebenarnya kamu lebih gila kerana
kamu tidak menghargai ciptaan Tuhan!
Related Posts with Thumbnails