Love life and life will love you back. Love people and they will love you back

Tuesday, March 22, 2011

Renungan Suami & Bakal Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh



Wednesday, March 16, 2011

Pesanan Untuk Suami dan Bakal Suami


Credit to: My Future Husband, Daddy and Brother-in-law

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain! Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Tuesday, March 15, 2011

Oh Mat Saleh ni cute lar!

sejak2 tgk Merong Mahawangsa, saye lak yg mcm mereng tgk Mat Saleh
dah tu td kt kedai makan (bwh opis je) ade Mat Saleh ni dtg singgah nk makan jugak
tgh hari buta panas terik diaorg boleh jalan kat jln raya naik skate board
tah dari mane dtg agaknye tu..dah la x pakai baju..nasib baik pakai seluar
perghhhh..panas terik gile kot dia bleh x pkai baju jalan2 atas jln raya dgn skate board dia yg rasanye mcm mahal gile kot
peluh dia jgn cakap lar..meleleh je mcm air paip
saya ckp kt kawan saya
"kalau mat saleh jln tengah panas, pink2 je kulit dia"
"kalau kita org melayu wat perangai macam tu, hitam legam le jadinye"

Mat saleh tu nak order makan tp waitress semua takut2 nk g amik order
Katenye "ishh..xnak le saya amik order..dia speaking karang mane reti saya nak jwb"
ni la org kite kan..xnak cuba..
ckp jela mcm ni "order sir?" itu pun susah keeeeeee..adeh
(bukan saye yg g amik order ok..sebab niat sy cuma nak mkn.bukan amik order)

So sorang dari student saya pun bangun dan tolong amik order mat saleh tu
tapi saya x dgr le pulak dia order ape kan
and suddenly, 1 jug air besauuuuuuu sgt waiter letak atas meja mat saleh tu
kawan saya ckp "eh, budak tu perli Mat Saleh ke ape?" siap ade spare lg 1 jug besau atas meja lain..hahaha
sekali abes daaaaaaaa..dia order sky juice aje..

Student saya tu sembang2 le dgn omputeh tu, katanye diorang dari hong kong, fly ke KLIA
so from KLIA to Melaka to Muar to Johor to Singapore naik skate board je!
batak betul perangai..Malaysia ni mcm x cukup public transport pulak..buat kerja gile la
tp memang solute lah! kalau en.Buah hati ade 4sure dia teruja tgk skate board tu
sbb dia budak skate dulu..skrg dah tak leh jd budak skate..dah lebih had umur

lame gak le mat saleh tu tggu makanan dia smpai (tukang masak nye memang LEMB*B sikit)
dia order mee rebus dgn nasi goreng ayam wooooooo..sambil tgk cite indon kt tv (gelak2 tgk cite tu macam lar paham!)
pandai gak eh diorang ni makan makanan kita..siap pndai perah limau lagi
mula2 tgk mcm x pandai makan..amek kau! lastnye dia hirup kuah mee rebus tu sampai licin
sedap sangat atau lapar sangat? hahaha

kesimpulannye, tak de ape yg nak dibukakan atau disimpulkan
just nak cite MAt Saleh pandai makan mee rebus dgn nasi gorenag ayam sambil tonton cite indon dan senyum malu2 kt saye..itu sahaje..sekian, TQ..hahaha..

Gambar xde ye..saya tak bawak handpon g kedai makan kt bawah tu..

* ini entri sengaja je tulis sbb cctv baru pasang atas kepala saya petang semalam, saya tau bos sedang perhatikan saya..heeeee :p

Monday, March 14, 2011

Merong Mahawangsa


wahhhh..semua tgh hottttttttttttt cerita psl filem terbaru keluaran KRU
ape lg kalau bukan Hikayat Merong Mahawangsa
so, utk filem ni saya bg 8 bintang yg gemerlap out of 10 utk KRU production
tgk thriller je, dah rasa mcm wow!!! bila korang tgk filem dia lagi la wow!!!!!!!!!!!!
terlopong kot mulut2 korang..saya sgt melopong sbb ade Stephen Rahman tu..hahaha
sampaikan profile picture kt fb pun tempek gambar si Stephen Rahman
tapi sayangnye, beliau dah kawin le pulakkkkk..so korang jgn berangan la yer

ok..kesah nye Hikayat Merong Mahawangsa ni kan
mula2 cerita tu mcm x brp nak faham mungkin sbb bahasa klasik yg digunakan
atau mungkin sbb saya mmg x minat sejarah, so saya buat2 x faham le
tapi, bila nampak putera dr rome yg kiut tu, otomatik jadi phm terus jln cerita tu
lepas tu nmpk pulak abang Merong tu terus saya mcm excited gile nk tau endingnye
tapi sayang 1000x sayang...endingnye sedihhhhhhh..nk tau?? korang kena la tgk sdri ok
tp ade 1 part yg saya rasa meremang bulu roma bila abang Merong saya tu menghujahkan kata-kata semangat pd rakyat jelatanya untuk menentang Garuda..memang superb la dialog dia! tp saya x ingat pulak..hehehehe
walupun cerita ni mcm pahlawan yg serius2 tu, tp masih ade diselitkan element kelakar dan buat 1 panggung ketawa
dan klimaks cerita tu, masa abang Merong saya tgh gagah menentang Garuda, saya sdri terasa mcm nak angkat pedang wooooo..nk tolong same2 lawan..hakhakhak..xleh bla
overall..cerita ni sgt best!

tp plzzzz..kalau boleh jgn le download dr tenet or beli yg cetak rompak
this is our 1st film yg berkonsepkan ala2 lord of the ring
so sokong lah filem tanah air kite kalau korang rasa nk tgk filem kite setaraf dgn mat saleh


** admire kt Stephen Rahman, tp saye tau ade orang sedang jelesssss :p

Thursday, March 10, 2011

1 Tahun 8 Bulan

1 TAHUN , 8 BULAN
1 TAHUN , 8 BULAN
1 TAHUN , 8 BULAN
1 TAHUN , 8 BULAN
1 TAHUN , 8 BULAN

**waktu yang sangat2 singkat untuk menyiapkan sebuah bangunan pencakar langit kembar 3
**waktu yang cukup2 makan aje untuk dapatkan pengalaman kerja
**waktu yang sangat2 panjanggggg untuk menanti/menunggu/merindu org yang kita sayang tanpa dapat bersemuka walau untuk 1 minit aje!


Related Posts with Thumbnails